" Ratu Rock Ella @ Istana Budaya"


GELAP MALAM SEPI MELAMAR KERINDUAN
TAK TERBATAS INGATAN KU TERHADAP MU
DAN PADA SIAPA HARUS KU ALUNKAN
RESAH KINI KIAN MENGHIMPIT PERASAAN
DAN SEANDAINYA KASIH KU MEKAR BAGAI DULU
PASTI TIDAK AKU TERBELENGU BEGINI
BUKAN SALAH AKU RETAK SEMUA INI
BERPUNCA DARI MU BERTIKAM LIDAH LALU PUNAH
~SEMBILU


SUKA DAN DUKA SILIH BERGANTI
BAYANG DIRI MU MENGHILANG KINI

MENGAPA...

ADAKAH AKU BERSALAH...

MENANGIS HATI MEMANGGIL MU

TERINGAT SEGALA SUMPAH JANJI MU

DAHULU, AKULAH SURI HIDUP MU....

~PENGEMIS CINTA


PERCAYALAH... SELURUH PERBUATAN...
ADA BALASAN JANGAN PERASAN
KAU BISA BEBAS DARI HUKUMAN
KERNA... KAU SUDAH KERJA SEMUA MANGSA KAU ANGGAP KACANG
NANTI, TAKDIR TUHAN KAU KAN RASA PENANGAN YANG PADAN
CINTA BUKANNYA PERMAINAN UNTUK MENGUJI KEHANDALAN
ADA TUJUAN HUKUMNYA ALAM
SEGALA ADA PASANGAN

~PERMATA PEMOTONG PERMATA



Lunak Merdu Diselang dengan Serak Basah Suara ELLA ketika menyampaikan lagu ini mampu memberi impak yg amat besar ketika EPPY sedang mendengarnya. Suara ELLA amat lah TERHAD di Malaysia... Buktinya, adakah Artis dalam Malaysia ni SEAKAN suara ELLA? Tidak pernah ada ya...
EPPY merupakan salah seorang peminat ELLA yang di besarkan dengan lagu-lagu beliau. Penampilan menarik dan juga keberanian beliau membuatkan EPPY rasa amat kagum dan yakin akan bakat beliau. ELLA satu-satunya artis Malaysia yang boleh mengalunkan satu revolusi baru. Aura dan keistemewaan persembahan beliau membuatkan tidak ada pengganti baru dalam masa terdekat ini dalam industri tanah air. EPPY teruja dengan lagu-lagu beliau selama ini. Seolah-olahnya, setiap lirik dalam lagu beliau seolah mengerti dan menyelami akan kehidupan yang EPPY jalani selama ini. Dan sebab itu lah, EPPY tidak pernah lupa lagu-lagu ELLA...
Jika diberi peluang untuk menghadirkan diri ke KONSERT ELLA BERSAMA ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN ini, EPPY hanya mampu terkedu, terperanjat, terkesima dan juga terkejut kerana EPPY merupakan manusia yang paling bertuah dan terpilih untuk bersama ELLA... Selain itu, bukan mudah untuk EPPY saksikan secara langsung Pernampilan RATU ROCK MALAYSIA di PENTAS ISTANA BUDAYA yang begitu gagah berdiri. Justeru itu, jika impian EPPY "TERMAKBUL" kelak, EPPY akan menganggap ianya adalah peluang yang paling besar yang pernah diterima dalam hidup EPPY. EPPY hanya mampu doakan yang terbaik dalam persembahan ELLA pada malam itu kerana ianya akan menghadiahkan sesuatu pemberian yang amat bermakna kepada EPPY.
EPPY dapat merasakan kehebatan suara dan kelainan persembahan dari ELLA dengan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan ini dapat menghasilkan satu episod drama yang tidak akan dilupakan dalam kamus hidup EPPY buat selama-lamanya.

KONSERT ELLA BERSAMA ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN ini diadakan sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010. Konsert ini dibawakan bersama oleh Canon Malaysia dan dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).Konsert ini akan diiringi oleh 80 Pemuzik daripada Orkestra Simfoni Antarabangsa dan juga penampilan bersama artis jemputan seperti Awie, Joe Wings, Datuk Ahmad Jais dan tidak lupa juga kumpulan LORD.

Jika anda ingin mendengar Lagu Ella yang HITZ dari dulu hingga kini Secara "LIVE". Jangan lupa dapatkan tiketnya secepat yang mungkin. Ini Kerana, bukan 10 atau 100 sahaja peminat ELLA diluar sana. Malah boleh mencecah kepada 100,000 peminat yang datang dari jiran tanah air mahupun dimana meraka berada mahu menyaksikan artis kegemaran mereka beraksi di PENTAS TERSOHOR NEGARA. Oleh itu, sila dapatkan tiket dengan harga seperti di bawah SEKARANG!!!


Tiket-tiket berharga RM50, RM80, RM180, RM200 dan RM250

(telahpun mula dijual mulai 27 Mei 2010)

Maklumat lanjut, hubungi:


Kaunter Ticket2u
Istana Budaya, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur.


Tel : 03-4026 5558
Web: http://www.ticket2u.biz/


PROMO KONSERT ELLA BERSAMA ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN

KERANAMU ELLA!!!






Kalo korang nak tau... Ini lah Lencana yang Selalu ELLA pakai kalo nak gi Sekolah... Hehehehehe....






DANNNNNNNNNNNNNNN...................!!!!!!!!!!




INI LAH SEKOLAH ELLA...
MERIAHKAN...
SAPER LA PLAK SI BAJU MERAH TU EK???
KALO KORANG NAK TAU, NI LA ORANGNYER YG BERNAMA
"EPPY"...
GIGIH DAN BERSEMANGAT UNTUK ELLA...
GI SEKOLAH DIA MALAM-MALAM...
EJAAN NAMA PON DAH NAK SAMA KAN...
ELLA n EPPY...
HEHEHEHEHE...
MEMANG TAK DI RANCANG PON...
DAH NAMA SAYA EPPY...
KALO TAK CAYA, CARI DALAM FACEBOOK
"PUTRA EPPY OMARRA"
GABUNGAN NAMA SAYA N AYAH SAYA...
EEEIIKKKK... NI NAK CITER PASAL EPPY ATAU ELLA EK?
KAN DAH SALAH RUANG...
WAKAKAKAKA...

BIODATA RATU ROCK MALAYSIA...

NAMA BETUL:
NORZILA BINTI HAJI AMINUDDIN

NAMA MANJA:
ELLA


TARIKH LAHIR:
31 JULAI 1966


TEMPAT LAHIR:
GELUGOR, PENANG

ALAMAT SEKARANG:
TELOK GADONG KLANG

ADIK BERADIK:
ABG ELLA (LUPA LA NAMA DIA...)
NORIZAN
SYAIDATUL NISA
ROZITA
ELLA
CORRIE



SEKOLAH:
SEKOLAH KEB TELOK GADONG, KLANG
SEKOLAH PEREMPUAN TUNKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG.

KUMPULAN:
ELLA & THE BOYS


-----------------------------------------------------------------------------------------------

ALBUM:
  1. 1985 - The Battle Of The Bands 1 (Ella & The Boys)
  2. 1986 - The Battle Of The Bands 2 (Ella & The Boys)
  3. 1986 - Ella & The Boys 1
  4. 1987 - Ella & The Boys 2
  5. 1988 - Pengemis Cinta (Platinum)
  6. 1989 - Puteri Kota (Platinum)
  7. 1989 - Sembilu
  8. 1990 - Identiti (Platinum)
  9. 1990 - Unggul
  10. 1991 - Mendung Tidak Bererti Hujan
  11. 1991 - Kesal
  12. 1991 - Ella Mood
  13. 1992 - 30110
  14. 1993 - Ella 'Sebuah Rockumentari'
  15. 1994 - Ella USA
  16. 1995 - 8494 (Kompilasi)
  17. 1996 - Demi (Kompilasi)
  18. 1997 - Jalan Ke Sisi Mu
  19. 1998 -Standing in The Eyes of The World (lagu tema Sukan Komanwel 1998)
  20. 1999 - El
  21. 2000 - Baldu Biru (Compilation - Duet ngan Awie)
  22. 2000 - Diva Metal-Ella
  23. 2001 - Ilham Bicara
  24. 2003 - Simbiosis
  25. 2005 - A Journey Beyond (Kompilasi )
  26. 2005 - Ratu Rock (Kompilasi)
  27. 2006 - Urban Strike (The Queen Of Rock's Recognition Album)
  28. 2007 - Rama Rama
  29. 2009 - Greatest Hits


ANTARA LAGU ELLA YANG HITZ DR DULU HINGGA SEKARANG:

  • BAYANGAN
  • CEKAL
  • RINDU PADAMU
  • MALAM INI
  • CINTA PERTAMA
  • TERPAKU
  • SEMBILU
  • LAYAR IMPIAN
  • KITA LAH BINTANG
  • PENJARA MISTERI
  • MAT KENTAL
  • CINTA SELEMBUT SUTERA
  • P.P.P. ( PERMATA PEMOTONG PERMATA)
  • AKU KAU DIA
  • RISAU
  • ESOK LUSA SELAMANYA
  • PENAWAR
  • NURI
  • RINDU
  • GEMILANG
  • PENGEMIS CINTA
  • STANDING IN THE EYES OF THE WORLD
  • DUA INSAN BERCINTA ( duet ngan AMY SEARCH)
  • SIMBIOSIS
  • ULEK MAYANG
  • DUNIA BATINKU (duet ngan SPIDER)
  • RAMA RAMA
  • TERUJA (OST GOL DAN GINCU)
  • PUISI HAMBA